JASADI ENTERPRISE
NOMBOR TELEFON : 01116910989 /0139836989
(JIKA ANDA ADA MASALAH ANAI-ANAI BOLEH HUBUNGI KAMI DI TALIAN DI ATAS)
Kami adalah syarikat pembami anai-anai yang telah bertapak hampir 20 tahun di daerah Besut. Kami telah terlibat dalam lebih 60 buah projek bagi rawatan anai-anai di tapak pembinaan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya Besut.
Kami adalah syarikat pembasmian anai-anai yang berlesen di bawah Lembaga Racun Negara dan Kementerian Pertanian Malaysia. Tertera di bawah adalah tag nama bagi lesen Pemakai Racun Makhluk Perosak yang dikeluarkan oleh Lembaga Racun Negara, Kementerian Pertanian Malaysia untuk syarikat kami.
Kami menjalankan kerja semburan anai anai bagi rawatan tanah di tapak projek. Berikut adalah antara projek yang kami jalankan:
SEMBURAN ANAI-ANAI DI BANGUNAN ASRAMA TAMAN ILMU, TEMBILA, BESUT.
Klien kami adalah syarikat Muda Berjaya Sdn. Bhd. Kami memberi jaminan selama 5 tahun.
SEMBURAN ANAI-ANAI BAGI PROJEK PEMBINAAN KLINIK KESIHATAN KG. GONG KEPAS, BESUT, TERENGGANU.
Surat Lantikan Sebagai Sun Kontraktor Bagi Kerja Pembamian Anai-anai.
Kerja semburan racun anai-anai di tapak projek Klinik Kesihatan Gong Kepas. Semburan ini pada peringkat ''pile cap''dilaksanakan pada 24 Ogos 2017. Semburan ini telah mendapat kelulusan dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya Besut.
Kerja-kerja semburan anai-anai pada bahagian ''pile cap'' di projek pembinaan Klinik Kesihatan Gong Kepas, Besut. Semburan ini dijalankan pada 27 Ogos 2017.
Selain dari itu, kami juga turut menyediakan kaedah pembasmian anai-anai jenis umpan. Kaedah ini adalah kurang menggunakan bahan kimia , kurang bau dan lebih murah. Melalui kaedah ini, kotak umpan diletakkan pada tempat koloni anai-anai tersebut. Umpan diletakkan di dalam kotak umpan terebut. Anai-anai akan memakan umpan tersebut dan seterusnya akan mati. Berikut adalah gambar kotak umpan "upper ground" ,''in gound'' dan '' bahan umpan'' tersebut.
Kaedah ini telah digunakan di peringkat antarbangsa dan terbukti berkesan . Berikut adalah video penerangan bagi kaedah ini.